Sunday, 16 May 2021

 

                             

DUA 6022

                                    KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN BERGOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN MENGERATKAN HUBUNGAN  SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM

                                                    DAN

 AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN   KADAR JENAYAH SETEMPAT


                                          NAMA KUMPULAN

 IFFA NABILAH BT MOHD JAMAL ABD NASIR

 (03DSB18F2017)

  NUR EZZATI BT SUPIAN

 (03DSB18F2018)

NURSYAKIRA BT BASHIRUN

(03DSB18F2005)

PUTERI NUR ADRIANA IZZATY BT NIHAR

(03DSB18F2010)


1.0 ISI KANDUNGAN

1.PENGENALAN

2.OBJEKTIF

3.PENGERTIAN GOTONG-ROYONG

4.KEPENTIGAN GOTONG-ROYONG

5.LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG

6.KEBAIKAN AMALAN DALAM BERGOTONG ROYONG

7.AMALAN MURNI DALAM BERGOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR

9.USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG

10.KESAN MENGAIBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG

11.KESIMPULAN

12.RUJUKAN


2.O ISI KANDUNGAN

 

1.PENGENALAN

2.DEFINISI JIRAN

3.JENIS JIRAN

4.DEFINISI JENAYA

5.JENIS JENAYAH

6.CARA UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH DENGAN SEMANGAT KEJIRANAN

7.GEJALA VANDLISME DI KALANGAN KANAK-KANAK

8.LAMPIRAN

9.GAMBAR SEMANGAT KEJIRANAN

10.RUJUKAN


“Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah akan menolongnya”.  (HR.Bukhari dan Muslim).

 Selain melakukan Kerjasama dan gotong-royong pada hal-hal yang diperbolehkan dalam Islam atas sesame mslim, maka Islam juga memperbolehkan pemeluknya untuk kerjasama atau tolong menolong dalam perkara ma’ruf. Yakni, perkara-perkara tersebut tidak mencederai akidah  seorang muslim dan tidak menjatuhkan ia kedalam kendali kemaksiatan. Sehingga gotong-royong dan tolong-menolong terhadap kaum non-muslim juga memiliki batas tersendiri. Tidak bermudah-mudahan melakukan aktifitas tanpa disari oleh ilmu sebelumnya. Dan jadikaanlah hal tersebut merupakan lading dakwah tersendiri bagi orang beriman. Hal ini Allah tegaskan dalam firmannya,

 Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah,kemudian antarakanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. Sebagaimana firman Allah Ta’ala”.

“Hai orang-prang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adilah, kerana adil itu lebih dekat kepada taakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS.Al Maaidah:8)


1,O PEGENALAN

Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong kerap

Diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan

Kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan

Dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata

Pepatah “berat sama dipukul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dan

Tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim

Dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan

yang dilakukan oleh masyarakat secaara bekerjasama dan saling tolong

Tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secaara

Sukarela.

 

OBJEKTIF

1.     Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum

2.     Mengenal pasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini.

3.     Menerapkan semangat kejiranan gotong-royong diantara kaum untuk mengeratkan silaturrahim.

 

  

 PENGERTIAN GOTONG-ROYONG

Mengikut Kamus Dewann, gotong royong bermaksud tolong-menolong atau Kerjasama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kamung dan kurang dilakukan di bandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan Kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.

 

Mankala , perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dan plbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang Bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identity kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum yang bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala, intergriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Srawak untuk membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

 

KEPENTINGAN GOTONG ROYONG

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dala lapangan dunia modern. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbanding kaum. Maka, harus ada atu aktiviti yang berguna untuk merapatkan perefahaman antara kaaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.

 

Melalui semangat bantu-menbantu dan Kerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, dan penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecuriian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat

 

Bak kata pepatah Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga berlanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama sama. Itulah prinsip gotong royong. Pihak kerjaan telah menetapkan bahawa setiap penepatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Kemajuan dan Keselematan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.

 

Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, akan bekerjasama membersihkannya dan tidak dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung  berlanja perubatan kerana sakit akibat derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI

AKTIVIT BERGOTONG-ROYONG

Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyuduh isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara.

 

Sekolah sebgai rumah kedua para generasi mudawajar meneraapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti ke sekolahan seperti Hari Guru,Sukan Tahunan Sekolah dan Hari AnugeraH Cemerlang. Para pelajar akan mengurskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui Kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentaang hubungan sosialnya selain dapat menyelidik potensi diri secara lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawaan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong Kembali.

 Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang bergotong-royong kepada orang ramai.

 

KEBAIKKAN AMALAN DALAM BERGOTONG-ROYONG

Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugas itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat masyarakat tugas itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep kerjasama antara masyaraat terutama di Kawasan urbanisasi. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.

 Kegiatan ini amat berfaedah dan mestilah diamalkan dann dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktivti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memporoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut.

 Dalam agama islam juga turut mementingkan kerbersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambing seseorang itu muslim. KERBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. 


AMALAN MURNI DALAM BERGOTONG - ROYONG

 

l  Mengeratkan Perpaduan Sesama Kaum

l  Mempercepatkan Dan Memudahkan Sesuatu Kerja

l  Memperkukuh Semangat Antara Kaum

l  Memupuk Nilai Positif Dalam Diri Kita

l  Menghidupkan Semangat Kejiranan

l  Memupuk Sebuah Masyarakat Yang Bertangggungjawab

l  Mengekalkan Keamanan Dalam Kalangan Kaum

l  Mengelakkan Dari Penyakit Yang Merbahaya

l  Membantu Menjaga Alam Sekitar

 

PUNCA-PUNCA AMALAN BERGOTONG - ROYONG SEMAKIN PUDAR

 

Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan menpengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.

 

Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan masyarakat malahan telah terdapat sebuah kementerian untuk hal ehwal masyarakat iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat. Perbelanjaan itu

tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat.

 

Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tepi tangga”. Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka. Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “ batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.


USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG - ROYONG

 

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama- sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturrahim dan  musnah perpaduandalam masyarakat. Khususnya dan Negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus mewangi dan subur dalam kehidupan masyarakat.

 

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong - royong. Aktiviti gotong - royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat kediaman sesuai dengan slogan “ Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong - royong yang boleh dijalankan ialah kerja - kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan dan sebagainya.

Seterusnya, aktiviti gotong - royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa “ yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing”.


KESAN MENGABAIKAN AMALAN BERGOTONG - ROYONG.

 

l  Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.

l  Ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga akan semakin terhapus

l  Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai

l  Lahirnya masyarakat baharu yang mementingkan diri dan tidak bergaul antara satu sama lain.

l  Silaturrahim yang ingin dipupuk akan semakinterhakis dan pupus dengan perlahan - lahan.

 

KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, aktiviti bergotong - royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih - lebih lagi seperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh. Negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.

 

Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program - program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum. Terutamanya program - program bagi pelajar - pelajar yang masih di bangku sekolah lagi. Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.

 

RUJUKAN

 

l  http://gotongroyongdrm.blogspot.com/2016/10/usaha-usahamewujudkan-perpaduan-kaum-di.html

l  http://maribergotongroyong.blogspot.com/2017/07/definisi-gotong-royong.html

l  http://drghazali.blogspot.com/2010/11karangan-semangat-gotong-royong.html

 

LAMPIRAN

KEGIATAN AKTIVITI BERGOTONG - ROYONG DIKALANGAN KAUM MALAYSIA

Kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong - royong antara satu sama lain dalam pembangunan fasiliti umum dan membersihkan kawasan sekitar tertentu. Dengan bergotong - royong ini, terdapat banyak hal yang telah dilakukan oleh bangsa kita di masa lalu, mula dari mendirikan rumah tangga, mengerjakan sawah padi, membantu jiran tetangga yang sedang bersedih hingga saling bantu membantu berjuang kemerdekaan negara kita.




 


 






ANTARA GAMBAR YANG TERDAPAT DI KERATAN AKHBAR TENTANG AKTIVITI BERGOTONG - ROYONG









 

AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANG JENAYAH SETEMPAT

 

2.0PENGENALAN

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran,sudah pastilah makna mudahnya iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Iaitu disebelah,dihadapan dan juga dibelakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat.

 

DEFINISI JIRAN

Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri.

 

JENIS JIRAN

Kejiranan amat penting dalam pembentukan tamadun islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengalaman mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama islam maka menghormati dan tidak mengganggu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama hindu akan meletakkan tokong mereka di luar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Di dalam agama islam, jiran terbahagi kepada tiga kategori dan haknya sendiri.

1. Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan

- Ianya saudara terdekat dengan kita. Oleh itu,jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim,kerabat serta sebagai seorang jiran.

2. Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan

- Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau saudara kita, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersangka baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

3. Jiran bukan islam

- Mereka tidak boleh dianggap sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakiti mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W ;

“ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku dan barang siapa yang menyaikiti aku,bererti dia menyakiti Allah.”

 

HAK-HAK JIRAN

Nabi menyatakan dalam hadisnya:

 

“Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?”

 

1.     Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.

2.     Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3.     Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4.     Jika ia sakit,engkau akan menziarahinya

5.     Jika ia menginggal dunia,engkau turut menghantar jenazahnya.

6.     Jika ia ditimpa bahaya,engkau turut sedih bersamanya.

7.     Jika engkau membeli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

8.     Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angina untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

 

ADAB-ADAB BERJIRAN

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititikberatkan di dalam agama islam. Adab atau ikhlas bermaksud segala sikap,budi pekerti,perangai,tingkahlaku dan tabiat. Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada di dalam kotak fikirannya serta perangainya.

 

1.     Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.

2.     Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.

3.     Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.

4.     Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.

5.     Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.

6.     Jangan lalai memerhatikan rumahnya pada masa ia tiada di rumah.

7.     Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik.

8.     Sentiasa bersedia menolongnya ketika bencana menimpa dirinya.

9.     Tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati atau perasa


DFINISI JENAYAH

 Pelbagai takrif yang telah dikemukakan ilmuan di dalam mendefinisikan jenayah.    

dalam Bahasa Inggeris jenayah disebut crime, manakala dalam Bahasa Arab pula disebut jinayah (جناية).

 

 Perkataan jenayah menurut Kamus Dewan bererti perbuatan kejahatan seperti

 mencuri, merompak, membunuh) yang salah di sisi undang-undang di Malaysia.

 

 Definisi Jenayah Menurut Islam

 Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan

 sesuatu perkara yang disuruh olehNya

 

Definisi Jenayah Menurut Fuqaha

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan

oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh

badan orang lain dengan sengaja.

 

Fuqaha = Ahli Fekah yang mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap

                 Al-Quran dan Sunnah.

 

Menurut Undang-Undang Moden pula membawa makna perbuatan jahat yang

dikenakan hukuman mati atau kerja berat selamanya atau bertempoh atau penjara. 

 

Definisi seperti ini mendapat perhatian sebahagian ulama’ dan mereka menyatakan

bahawa definisi ini kurang tepat dan tidak menepati syariat Islam.

Sebab itulah definisi jenayah menurut syariat Islam menyalahi definisi yang dibuat  

oleh undang-undang moden. Tambahan pula undang-undang moden ialah ciptaan

akal manusia, jadi sudah tentulah ada kekurangan dan kelemahannya.  Manakala

definisi jenayah dalam syariat Islam adalah jelas, kerana ia berkait dengan perintah

dan larangan Allah SWT serta kehendak perintah dan laranganNya.

 

        JENIS JENAYAH
Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
•           Jenayah berat
•           Jenayah komputer dan jenayah siber
•           Jenayah terhadap manusia
•           Jenayah ke atas harta benda
•           Jenayah terhadap keselamatan negara
•           Jenayah hakcipta
•           Jenayah dadah
•           Jenayah seksual       
•           Jenayah senjata
•           Jenayah perang

 

 

CARA UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH DENGAN SEMANGAT KEJIRANAN

SETEMPAT

 

1. Jiran mestilah peka dengan keselamatan di kawasan perumahan

          Memaklumkan kepada jiran terdekat jika hendak ke sesuatu tempat supaya jiran yang lain mengetahui akan ketiadaan jiran mereka di rumah.

 

          Mereka dapat mengawasi rumah tersebut sekiranya terdapat perompak yang memecah masuk ke dalam rumah.

 

          Keselamatan di kawasan perumahan akan lebih terjamin dan penduduk akan lebih berhati-hati dengan gejala jenayah.

 

2. Bekerjasama dengan pihak polis membuat rondaan.

    

         Sebagai contoh, penduduk dan pihak polis berganding bahu membuat rondaan di kawasan perumahan secara berkala terutama pada musim perayaan pelbagai kaum.

 

           Statistik menunjukkan bahawa kadar jenayah pada musim perayaan lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

 

        Oleh itu, kes-kes jenayah dapat dibendung dan dikurangkan.

 

3. Gejala Vandalisme di kalangan kanak-kanak.

·      Kebelakangan ini, gejala vandalisme lebih popular di kalangan kanak berbanding golongan remaja.

 

·       Sebagai contoh, kanak-kanak yang nakal sering merosakkan fasiliti yang disediakan seperti telefon awam, taman permainan dan lain-lain.

 

·      Oleh itu, jiran-jiran boleh menasihati mereka supaya berubah dan melapor kejadian tersebut kepada pihak yang berkuasa.

 

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

LAMPIRAN







GAMBAR SEMANGAT KEJIRANAN





                            RUJUKAN

 

 

 

 https://news.usim.edu.my/en/newsclipping/details/1/550

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/player.php?video=/kpwkm/uploads/images/Keratan%20Akhbar/2%20Februari%C2%A02016/BH24_2_16%20%20Projek%20kebun%20kejiranan%20beri%20manfaat.jpg

http://peningpalo.blogspot.com/2017/09/pengenalan.html

https://www.klik.com.my/item/story/5452510/semangat-kejiranan-diperkukuh

 

 

 

 

 

 



                                DUA 6022                                     KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM AMALAN BERGOTONG ROYONG DAPAT ...